the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia, Palestin sepakat usaha tuntas perlu bagi hentikan keganasan di Gaza

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Palestin sepakat usaha tuntas perlu bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan di Gaza ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesepakatan itu disuarakan semasa perbualan telefon antara beliau dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas bagi membincangkan perkembangan terkini di Gaza.

“Kami juga berharap agar semua pihak dapat berusaha untuk memastikan bantuan kemanusiaan disalurkan dengan segera kepada rakyat Palestin,” kata Anwar menerusi catatan di akaun X beliau.

Perdana Menteri berkata beliau juga menerima penjelasan mengenai serangan yang dilakukan rejim Zionis ke atas orang awam dan bersama-sama dengan Abbas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Perdana Menteri kini berada di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Malaysia adalah penyelaras Asean bagi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC, yang bertujuan mengoptimumkan kerjasama antara kedua-dua pertubuhan serantau itu.

Sidang kemuncak itu dijangka membincangkan konflik Israel-Palestin dan mencari jalan untuk menoktahkan penderitaan penduduk Gaza susulan tindakan ketenteraan terkini oleh rejim Zionis. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings