the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 6, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Singapura akan naik taraf konsulat di Bangladesh kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi

DHAKA: Singapura akan menaik taraf konsulatnya di Dhaka di ibu negara Bangladesh kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi mulai 1 Oktober, yang mencerminkan peningkatan hubungan ekonomi dan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara, lapor Xinhua memetik laporan United News of Bangladesh pada Khamis.

Berita itu turut dikongsi oleh Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan (gambar) kepada Menteri Luar Bangladesh AK Abdul Momen pada 20 September semasa mesyuarat dua hala di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78 di New York.

Momen sebelum ini meminta menteri luar Singapura membuka misi diplomatik penuh di Dhaka, yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara sambil menggesa supaya republik itu membuat lebih banyak pelaburan di zon ekonomi khas Bangladesh. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings