the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan empat termasuk seorang wanita disyaki cuba curi kabel TM

JASIN: Polis berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita disyaki cuba mencuri kabel selepas salah satu kereta yang dinaiki suspek terbabas dan merempuh tembok Pusat Kegiatan Masyarakat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Jasin, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata semua suspek lelaki berusia antara 23 dan 33 tahun serta wanita berumur 42 tahun berasal dari Kajang, Selangor itu dikesan oleh pihak berkuasa semasa anggota polis sedang meronda di sekitar kawasan berkenaan.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi, pasukan ronda cegah jenayah Balai Polis Merlimau sedang melakukan rondaan apabila mendapati kabel Telekom Malaysia (TM) telah dipotong di tepi Jalan Melaka – Muar.

“Polis telah menghubungi juruteknik TM untuk mengesahkan kabel yang cuba dicuri itu adalah kabel milik TM tech talian bawah tanah bersaiz 400 pair, iaitu sepanjang kira-kira 175 meter dengan nilai kerugian akibat kerosakan dianggarkan RM30,000,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah. Kesemua mereka juga direman hingga 25 Sept bagi membantu siasatan, yang dibuat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings