the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Syed Saddiq: Muda mahu jalankan fungsi semak dan imbang di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memohon peluang untuk menjadi penggerak sistem semak dan imbang di Terengganu.

Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (gambar) berkata keputusan Muda meletakkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, walaupun tanpa dana atau jentera yang besar, adalah kerana ingin membawa politik baharu ke negeri ini.

“Sebab itu, Muda mohon peluang untuk menjadi penggerak sistem semak dan imbang…kerana akhirnya dengan tambahan suara Muda itu, jikalau ada salah laku maka kita akan lantang bersuara.

“Kalau ada penambahbaikan dari sudut dasar, Muda yang akan ketengahkan,“ katanya pada sidang media pelancaran Bilik Gerakan Muda DUN Bandar di sini, hari ini.

Muda bakal mempertaruhkan Ketua Penerangan parti itu Luqman Long sebagai calon di DUN Bandar.

Sementara itu, Luqman yang juga anak jati Bandar berkata dakwaan kononnya Muda adalah parti asing di pantai timur adalah persepsi semata-mata.

Selain Muda, Barisan Nasional (BN) juga telah mengumumkan calonnya Armi Irzan Mohd untuk bertanding di kerusi DUN Bandar yang kini disandang oleh calon PAS Ahmad Shah Muhamed yang menang dengan majoriti 2,091 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings