the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cuepacs jangka PM umum berita baik kepada penjawat awam 8 Ogos ini

SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menjangkakan pengumuman berita baik kepada penjawat awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Ogos ini.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata kerajaan memberikan komitmen tinggi bagi menambah baik kebajikan penjawat awam di negara ini termasuk Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sedang diguna pakai telah dilaksana sejak 1 Nov 2002.

“Cuepacs berterima kasih kepada Perdana Menteri dalam kenyataanya baru-baru ini iaitu kerajaan sedang menilai dan akan mengumumkan sesuatu kepada penjawat awam dalam waktu terdekat.

“Kami dimaklumkan ada satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri pada 8 Ogos, mudah-mudahan pada pertemuan itu, ada sesuatu untuk penjawat awam sebagaimana perkara kami bentangkan kepada Perdana Menteri pada perjumpaan 18 Julai lalu,“ katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Malaysia MADANI Perkhidmatan Awam Bersama Cuepacs dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Adnan berkata Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat berhubung keperluan khusus kepada penjawat awam baru-baru ini dan satu pasukan kajian bagi sistem saraan ditubuhkan bagi memperhalusi pelbagai perkara bagi menambah baik kebajikan kumpulan itu.

“Tuntutan kami dimasukkan dalam pasukan kajian tersebut dan mungkin belum selesai lagi ketika ini, tetapi apa diharapkan adalah satu bentuk kelegaan semasa untuk penjawat awam bagi menampung perbelanjaan keluarga sementara menunggu kajian sistem saraan itu dimuktamadkan,“ katanya.

Perdana Menteri dilaporkan akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam dalam tempoh seminggu dua lagi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings