the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kembara Merdeka Jalur Gemilang jelajah lima destinasi di Terengganu

JERTIH: Sambutan Bulan Kebangsaan di Terengganu disemarakkan lagi dengan siri jelajah Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023, yang akan singgah di lima lokasi di negeri ini, bermula dengan Kampung Pachakan, Kuala Besut dekat sini, petang ini.

Pengarah Penerangan Terengganu Sait Yaman berkata selepas daerah Besut konvoi terdiri daripada sembilan buah kenderaan itu akan ke Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan destinasi terakhir di Kemaman.

“Kita menerima serahan Jalur Gemilang daripada Pengarah Penerangan Kelantan, Muhd Nor Aswadi Mohd Nor di pintu gerbang sempadan Terengganu dan Kelantan dekat Kampung Pachakan jam 2.15 petang ini.

“Hari ini konvoi akan menjelajah sekitar daerah Besut dengan diiringi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi melancarkan pergerakan konvoi,” katanya pada majlis penyerahan Jalur Gemilang di Kampung Pachakan di sini, petang ini.

Katanya lagi, konvoi terdiri daripada kenderaan Jabatan Penerangan Terengganu, Telekom Malaysia Berhad (TM), Pos Malaysia dan Pejabat Kesihatan Besut itu turut dimeriahkan dengan penyertaan 11 buah motosikal berkuasa tinggi dari Kelab BMW K16 Malaysia.

Sait berkata penyerahan Jalur Gemilang seterusnya akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan, Pahang pada Rabu ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings