the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ketua pembangkang Sepanyol umum hasratnya bentuk kerajaan baharu

MOSCOW: Pemimpin pembangkang konservatif Sepanyol Parti Rakyat (PP), Alberto Nunez Feijoo (gambar) mengumumkan beliau akan membentuk kerajaan baharu selepas partinya memenangi pilihan raya awal, lapor Sputnik.

Berdasarkan kiraan undian rasmi terkini, dengan lebih 99 peratus undi selesai dikira, PP memenangi 136 kerusi di Parlimen, manakala Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) yang diketuai Perdana Menteri Pedro Sanchez memperoleh 122 kerusi.

Parti berhaluan kiri Sumar mendapat 31 kerusi, manakala parti berhaluan kanan VOX memperoleh 33 kerusi.

“Saya akan mengetuai dialog untuk membentuk kerajaan mengikut kehendak majoriti rakyat Sepanyol dalam pilihan raya pada Ahad,“ kata Feijoo dalam ucapan di ibu pejabat PP. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings