the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

TVET perkenal kursus baharu berkaitan EV, tenaga suria bagi penuhi permintaan pasaran

MELAKA: Kerajaan akan memperkenal kursus baharu berkaitan kenderaan elektrik (EV) dan tenaga suria di bawah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menerusi peruntukan RM6.8 bilion terutama di Melaka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia selari dengan dasar kerajaan negeri Melaka yang kini memberi fokus kepada teknologi itu yang kini mendapat permintaan tinggi pelabur untuk tenaga boleh baharu.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata ia merupakan peluang terbaharu ditawarkan Melaka sesuai dengan permintaan guna tenaga sumber manusia bagi tenaga boleh baharu dan juga keperluan guna tenaga untuk pekerjaan berteknologi tinggi.

“Bukan sahaja pelabur akan datang ke Melaka tetapi pelabur di negeri lain mungkin perlukan tenaga yang sama dan TVET ini boleh diperkasakan di Melaka,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Umno Bahagian Tangga Batu di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Umno Bahagian Tangga Batu Datuk Rais Yasin.

Beliau berkata peruntukan RM6.8 bilion itu juga akan diguna untuk memperbesarkan institusi TVET di seluruh negara bagi menambah jumlah pelajar untuk mengikuti kursus-kursus baharu berkaitan tenaga boleh baharu itu.

Malaysia kini mempunyai 1,334 institusi TVET di seluruh negara membabitkan 12 kementerian yang fokus memberi latihan kemahiran kepada rakyat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings