the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

China, Venezuela naik taraf hubungan kepada “perkongsian strategik sepanjang masa”

BEIJING: Hubungan antara China dengan Venezuela dinaik taraf ke peringkat “perkongsian strategik sepanjang masa”, umum Presiden Xi Jinping dan rakan sejawatnya Nicolas Maduro Moros semasa pertemuan empat mata di sini pada Rabu.

Tahun depan menandakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik China-Venezuela.

Xi meluahkan kesediaan untuk bersama-sama Presiden Maduro merangka cetak biru pembangunan hubungan dua hala dan memperkasa kerjasama dalam pelbagai bidang sehingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat dua negara, sekali gus menyuntik tenaga positif kepada kedamaian dan pembangunan dunia.

Beliau berkata China ingin merapatkan lagi pertukaran sosiobudaya dengan Venezuela dan menyokong program pengajaran bahasa Cina dilaksanakan di negara itu.

“China akan mengimport lebih banyak produk berkualiti dari Venezuela.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Venezuela yang menjadi negara pertama di rantau Amerika menyertai program kerjasama International Lunar Research Station (ILRS) yang dilancarkan atas inisiatif China,“ kata Xi.

Dalam pada itu, Maduro berkata Venezuela bersedia menimba pengalaman China dalam pembangunan zon ekonomi khas, di samping memperdalam kerjasama pragmatik melibatkan pertanian, pelaburan, pendidikan dan pelancongan.

“Pihak kami akan terus mempererat komunikasi dan kolaborasi dengan China dalam rangka multilateral seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mekanisme BRICS.

“Kami juga bersedia bersama-sama menjaga multilateralisme dan kepentingan sah negara membangun, serta menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan,“ kata beliau. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings