the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ibu maut, tiga termasuk kanak-kanak sesak nafas rumah kedai terbakar

JOHOR BAHRU: Seorang ibu maut, manakala tiga anaknya termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun sesak nafas selepas rumah kedai yang didiami mereka di Jalan Senyum, Kampung Wadi Hana di sini terbakar, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Faiz Suleiman berkata mangsa berusia 53 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas, ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Beliau berkata kanak-kanak itu dan dua lagi mangsa lelaki yang berusia 18 dan 21 tahun turut dirawat di hospital sama.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan tiga buah bangunan rumah kedai dua tingkat jenis separuh kekal yang berkeluasan 24×100 kaki, setiap satu bangunan.

“Bangunan pertama mempunyai sebuah kedai dan lima pintu bilik sewa terbakar 70 peratus, manakala bangunan kedua pula sebuah kedai dan lima pintu bilik sewa terbakar 90 peratus, serta bangunan ketiga sebuah kedai dan tiga pintu bilik sewa terbakar 65 peratus,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohamad Faiz berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.53 pagi sebelum 49 anggota dari BBP Larkin, Tebrau, Johor Jaya dan Kempas digegaskan ke lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.25 pagi,“ tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kesemua mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut merupakan warga asing. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings