the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

16 maut terkena renjatan elektrik di tapak projek sungai di India

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 16 orang maut akibat terkena renjatan elektrik di tapak projek sungai di negeri Uttarakhand utara India selepas sebuah transformer kuasa meletup pada Rabu.

Kebanyakan mereka sedang bekerja di tapak projek “Namami Gange” di tebing sungai Alaknanda di daerah Chamoli, menurut laporan media tempatan.

Mangsa yang maut termasuk seorang pegawai polis dan tiga anggota Home Guard.

Beberapa orang lagi turut cedera di loji rawatan kumbahan itu, menurut laporan itu.

“Arahan siasatan berhubung kejadian telah dikeluarkan, “ kata ketua menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings