the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga lelaki termasuk remaja 17 tahun ditahan bersama dadah, sepucuk pistol

KOTA BHARU: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja berumur 17 tahun serta merampas sepucuk pistol dan pelbagai jenis dadah dalam dua serbuan berasingan di Tumpat dan Pasir Mas semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata dua lelaki berumur 17 dan 28 tahun ditahan ketika menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Vios melalui sekat pintas di Kampung Simpangan, Tumpat pada 2 pagi.

“Pemeriksaan yang dilakukan di dalam kenderaan itu telah menemukan sejumlah satu liter cecair kodein bernilai RM150. Bertindak atas pandu arah daripada kedua-dua suspek, sepasukan pegawai bersama anggota PGA7 telah pergi ke sebuah rumah beralamat di Jalan JKR Pasir Mas pada 4 pagi.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah itu, polis menjumpai sepucuk pistol jenis Revolver Smith & Wesson, tujuh butir peluru dan lima kelongsong peluru,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata turut ditemukan ialah 147 biji pil yaba, dua pil ekstasi, ganja (14 gram) dan 1,100 biji pil epam dengan jumlah keseluruhan bernilai RM5,101, serta kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Muhamad Zaki berkata susulan itu, polis kemudian membuat serbuan terhadap sebuah rumah beralamat di Kampung Padang Tola, Pasir Mas pada 5.30 pagi dan menahan seorang lelaki berumur 50 tahun dan menemukan dadah jenis heroin anggaran berat 4.95 gram, 30 bijil pil yaba bernilai RM2,424.

“Kesemua suspek dalam kedua-dua kes ini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 14 Okt untuk siasatan lanjut,“ katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen 6 ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings