the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MOT pergiatkan lagi peranan Pelabuhan Klang sebagai hab penghantaran barangan utama di Asean

KLANG: Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam usaha untuk mempergiatkan lagi peranan Pelabuhan Klang sebagai hab penghantaran barangan utama di rantau ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (gambar).

Beliau berkata pertemuan bersama empat syarikat perkapalan terkemuka dunia iaitu MSC, Maersk, CMA-CGM, dan Hapag Lloyd menerusi lawatan kerja selama satu minggu di Eropah baru-baru ini merupakan antara usaha kerajaan untuk mengukuhkan peranan pelabuhan utama negara.

“Tujuan pertemuan ini untuk menarik minat mereka supaya bukan sahaja meningkatkan pelaburan tetapi juga kehadiran mereka di Malaysia.

“Pertemuan ini membuahkan hasil yang menarik dan saya yakin, dalam tempoh beberapa tahun akan datang, mereka akan mempunyai kehadiran yang lebih besar di Malaysia, khususnya di Pelabuhan Klang, begitu juga di Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor.

“Kita mempunyai rancangan untuk mempergiatkan lagi peranan Pelabuhan Klang sebagai hab penghantaran barangan utama di ASEAN.

“Ini sudah tentu memerlukan kerjasama daripada semua pihak supaya kita dapat meningkatkan lagi daya saing Pelabuhan Klang,” katanya dalam ucapan pada Majlis Gala Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Loke berkata di peringkat nasional, pembangunan Sistem Tunggal Maritim Malaysia (MMSW) sedang giat dijalankan dan akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada 1 Jan 2024 selaras dengan ketetapan Pertubuhan Maritim Antarabangsa.

Katanya MMSW ialah pangkalan data digital dan sumber data yang akan memudahkan aliran informasi di hujung jari dan menjadi satu nilai tambah kepada pengguna pelabuhan, pemain logistik dan agensi kerajaan untuk kemudahan pengangkutan.

“Portal sehenti itu dijangka dapat membantu menyelesaikan isu pertindihan maklumat yang sama kepada pelbagai agensi.

“Ia mampu memproses aktiviti perdagangan antarabangsa sekali gus mengurangkan masa menunggu pelepasan kargo, kos perniagaan serta meningkatkan daya saing dan kecekapan,” katanya.

Loke berkata dari segi kapasiti, LPK merancang untuk meningkatkan pengendalian kontena sebanyak 13 juta TEU dalam tempoh 10 tahun akan datang dengan pembangunan Westports 2, terdiri daripada pembangunan dermaga sepanjang lima kilometer, yang dilengkapi dengan kemudahan terkini.

“Bagi perancangan jangka panjang, cadangan pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey di Kuala Langat akan membawa kapasiti tambahan sebanyak 30 juta TEU dalam tempoh 25 tahun,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings