the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johor saran laluan kontra diaktifkan atasi kesesakan CIQ BSI

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menyarankan agar laluan kontra diaktifkan, khusus bagi pengembara yang menggunakan laluan pejalan kaki dan pengangkutan awam di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi (gambar) berkata perkara itu bagi membantu mengurangkan kesesakan di pintu sempadan negara, bagi laluan darat antara Malaysia dan Singapura.

“Dijangka dry run laluan kontra di dewan penumpang, akan dilakukan bermula minggu hadapan bagi melancarkan pergerakan masuk ke negara ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau malam ini.

Onn Hafiz berkata Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), juga diminta untuk terus memastikan kelancaran aliran trafik keluar dan masuk ke negara ini.

Beliau berkata kerajaan negeri, sentiasa memberikan perhatian berhubung isu kesesakan agar pergerakan keluar masuk di sempadan, menerusi Johor yang melibatkan ratusan ribu pengguna lebih selesa khususnya musim cuti sekolah, cuti umum dan hujung minggu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings