the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes pekerja maut di kuari: Siasatan awal dapati tiada kecuaian di pihak majikan

SIMPANG PULAI: Laporan hasil siasatan awal kes pekerja asing yang maut dalam runtuhan batu di sebuah tapak kuari di Keramat Pulai di sini pada Selasa, mendapati tiada kecuaian daripada pihak majikan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri A. Sivanesan berkata berdasarkan laporan, terdapat pergerakan batu-batu kecil semasa mangsa berpatah balik ke jengkaut yang dikendalikannya dipercayai bagi mengambil barangan peribadinya yang tertinggal.

“Laporan penuh siasatan yang dijalankan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dijangka akan diperoleh dalam tempoh sebulan,“ katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian di sini hari ini.

Selasa lepas, dalam kejadian terbaharu, seorang pekerja asing lelaki maut apabila terperangkap dalam runtuhan batu di tapak kuari di Keramat Pulai.

Mayat Sohail Sajjad, 36, yang merupakan warga Pakistan berjaya dikeluarkan dalam keadaan sempurna meskipun tangan mangsa dikatakan tersangkut di bawah jentera.

Dalam pada itu, Sivanesan berkata sebanyak sembilan kes maut dilaporkan berlaku membabitkan pekerja kuari di negeri ini sejak 2017.

Susulan kejadian itu, semalam Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata satu jawatankuasa khas akan dibentuk dalam masa terdekat bertujuan menilai semula aspek keselamatan bagi pengoperasian kuari di Perak.

Beliau berkata jawatankuasa itu juga tidak hanya menyentuh kepada isu keselamatan di kawasan kuari malah membabitkan kawasan berisiko berlaku kejadian tanah runtuh. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings