the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PDRM tidak pernah henti siasatan 1MDB, buru Jho Low: Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta memburu ahli perniagaan Jho Low, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (gambar).

Beliau berkata berikutan penahanan bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan yang juga sekutu rapat Jho Low Jumaat lepas, akan ada lagi tangkapan yang akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

“Kalau Jasmine Loo pun polis boleh bawa balik, bila-bila masa untuk tangkap (mereka yang terlibat) dengan 1MDB dan Jho Low.

Cumanya tidak perlu untuk umum tahu di mana keberadaan mereka kerana itu semua taktikal polis,” katanya pada sidang media khas Ketua Polis Negara di Bukit Aman, di sini hari ini.

Berhubung penahanan Jasmine Loo, Razarudin berkata wanita itu ditahan semasa hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bersama peguamnya untuk memberi keterangan.

“PDRM masih menyiasat dan bekerjasama dengan agensi-agensi lain terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sekiranya suspek adalah termasuk di dalam kategori orang dikehendaki,” katanya.

Razarudin berkata Jasmine Loo disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Loo adalah bekas Pengarah Eksekutif Strategi Kumpulan 1MDB dipercayai merupakan individu mempunyai maklumat berkenaan 1MDB dan didakwa termasuk dalam lingkaran dekat Jho Low.

Bloomberg sebelum ini melaporkan, penyiasat Switzerland yang menjalankan siasatan jenayah berhubung skandal 1MDB, memburu Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang dan Jasmine Loo berkaitan pemindahan AS$700 juta yang didakwa dilakukan secara haram.

Pada 4 Disember 2018, Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low, Jasmine Loo, Tang, bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng dan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Waran tangkap itu dikeluarkan selepas mereka gagal hadir di mahkamah bagi menghadapi tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings