the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BSN akan lakukan kajian kebolehlaksanaan buka cawangan di Pelangai – Ahmad

BENTONG: Bank Simpanan Nasional (BSN) akan melakukan kajian kebolehlaksanaan bagi membuka cawangan baharu di Pelangai.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan (gambar) selepas mendengar kemahuan penduduk yang meminta supaya sebuah bank komersial beroperasi di situ.

Beliau berkata di Pelangai ketika ini, BSN hanya menyediakan perkhidmatan Ejen Bank (EB) yang dilantik.

“EB ini tidak lengkap. Pengguna hanya boleh lakukan pengeluaran dan deposit dalam jumlah yang terhad.

“Oleh itu, saya meminta agar BSN menyegerakan pasukan untuk membuat kajian pelaksanaan dan saya juga menyokong diadakan cawangan mini BSN di Pelangai,“ katanya kepada pemberita selepas menyantuni masyarakat di Kampung Lembah Jaya di sini hari ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings