the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengguna: Tambang feri baharu Pulau Pinang berpatutan

BUTTERWORTH: Pengguna menyifatkan kadar tambang untuk perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang bermula hari ini berpatutan dan sepadan dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Tinjauan Bernama di Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di sini mendapati kebanyakan pengguna menerima baik kadar tambang yang bermula RM1 hingga RM2.50 sehala itu.

Seorang pengguna feri, Ahmad Noor Omar, 55, berkata harga tambang feri baharu yang dikenakan itu tidak membebankan kerana keadaannya kini lebih selesa dan baik berbanding feri lama.

“Pada saya harga tambang yang dikenakan berpatutan, malah sekarang feri baharu ini juga selesa dan ada penyaman udara semua … tempat duduk pun baik, malah perjalanan ambil masa 10 minit sahaja bagi setiap hala.

“Kalau feri lama dulu, hampir 30 minit juga bagi setiap perjalanan dan kalau kita tengok bukan sahaja keadaan di dalam feri selesa tapi tempat menunggu juga selesa … (kekerapan) feri baharu ini pun cepat kami tak perlu menunggu lama untuk setiap feri,“ katanya kepada Bernama hari ini.

Bagi Dini Rahman, 27, yang tinggal di Tasek Gelugor berkata beliau sekeluarga mengambil peluang untuk menaiki feri dengan suami dan anak perempuan mereka bagi merasai suasana serta pengalaman menaiki feri baharu itu.

“Dulu memang selalu naik feri lama kerana berulang-alik kerja dan hari ini memang nak naik feri baharu, tambang pada saya harganya murah serta berpatutan,“ katanya.

Seorang penunggang motosikal yang mahu dikenali sebagai Lim, 40, berkata beliau memilih menggunakan perkhidmatan feri untuk berulang-alik dari pulau ke seberang dan sebaliknya, walaupun perlu membayar RM2.50 sehala kerana lebih selamat.

“Hari ini baru mula bayar, pada saya harga okay kerana perkhidmatan (feri) baharu dan yang penting naik feri ini boleh relaks sikit sebab kita duduk sahaja tahu-tahu sudah sampai … kalau guna jambatan walaupun percuma tapi (ada risiko) bahayalah,“ katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta.

Semalam, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selaku syarikat pengendali perkhidmatan berkenaan dalam kenyataan memaklumkan kadar tambang untuk perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang dikenakan kepada penumpang berkuat kuasa hari ini bermula pada harga serendah RM1 hingga RM2.50 bagi sehala.

Tambang RM1 itu akan dikenakan kepada individu atau pejalan kaki yang berusia 12 tahun ke bawah manakala penumpang dewasa atau individu berusia 12 tahun ke atas pula tambang sebanyak RM2 akan dikenakan terhadap mereka.

Selain itu, penunggang basikal yang menaiki feri juga akan dikenakan caj sebanyak RM2 manakala penunggang motosikal pula perlu membayar tambang sebanyak RM2.50.

PPSB turut menyediakan pas bulanan yang menawarkan diskaun kepada pengguna setia feri iaitu pejalan kaki yang memegang MyKad sebanyak 50 peratus hingga 31 Dis nanti dan selepas itu, diskaun 30 peratus bermula dari 1 Jan 2024.

Inisiatif ini bertujuan memberi lebih nilai tambah dan kemudahan kepada penumpang setia feri. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings