the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelepasan air Fukushima: Eksport makanan laut Jepun turun sebanyak 30%

MOSCOW: Eksport makanan laut Jepun susut satu pertiga pada Ogos, di saat pelancaran pelepasan air Fukushima, menurut data yang disediakan oleh Biro Perangkaan Jepun, lapor Sputnik.

Eksport makanan laut Jepun jatuh sebanyak 30 peratus pada Ogos berbanding Julai, menurut Biro Statistik.

Nilai eksport juga turun sebanyak 27 peratus pada Ogos dan 25 peratus tahun ke tahun kepada US$118.1 juta.

Kejatuhan itu berlaku selepas 15 negara, termasuk Kazakhstan, Portugal, Chile, Sri Lanka dan Mexico, menghentikan pengimportan makanan laut Jepun pada Ogos.

Negara-negara itu dilaporkan mengimport makanan laut bernilai US$828,000 pada Julai.

Sementara itu, 24 negara lagi menurunkan import mereka dengan ketara. Kepulauan Canary, misalnya, mengurangkan import mereka sebanyak 11 kali, Arab Saudi (sembilan kali), manakala Denmark dan Itali mula menurunkan kadar import lima kali ganda lebih rendah. Rusia juga menurunkan importnya sebanyak 16 peratus.

Pada masa yang sama, Panama, Porto Rico dan Republik Dominican memulakan import dari Jepun pada Ogos, manakala beberapa negara, termasuk India, New Zealand, Israel dan beberapa negara lain, mula mengimport lebih banyak.

Pada 24 Ogos, Jepun mula membuang sisa air terawat dari Loji Kuasa Nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik.

Tokyo menegaskan air itu telah dibersihkan daripada semua radionuklid kecuali tritium, yang masih dalam kuantiti yang boleh diterima.

Pada 5 Okt, Tokyo melancarkan pusingan kedua pelepasan air, yang berlangsung selama 17 hari. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings