the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia bakal jadi peneraju industri tenaga boleh baharu serantau dengan pelancaran HETR

KUALA LUMPUR: Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR) yang baru dilancarkan bakal meletakkan Malaysia di barisan hadapan dalam peralihan tenaga dan menjadi peneraju serantau dalam industri tenaga boleh baharu (TBB).

HETR dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar) semasa majlis perasmian Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023 di sini, hari ini.

Fadillah, yang menyampaikan ucap tama perasmian bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kejayaan pelaksanaan HETR akan membolehkan Malaysia meneroka pasaran hidrogen hijau global yang dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya US$189.19 bilion (RM824 bilion) menjelang 2050.

“Pelaksanaan HETR sahaja dijangka memberi prospek menjana pendapatan sehingga RM12.1 bilion dengan anggaran sumbangan antara RM49 bilion dan RM61 bilion kepada keluaran dalam negara kasar menjelang 2030, yang bakal mewujudkan lebih 45,000 peluang pekerjaan dalam tempoh yang sama.

“Dengan pelaksanaan inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) yang diumumkan baru-baru ini dan (kini) HETR, Malaysia bersedia untuk berada di barisan hadapan menjadi peneraju serantau dalam peralihan tenaga dan industri tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Beliau berkata IGEM 2023, yang berlangsung dari 4-6 Okt dan bertemakan “Race Towards Net Zero: Leadership for Climate Action” (Perlumbaan Ke Arah Sifar Bersih: Meneraju Tindakan Iklim) boleh memainkan peranan penting dalam mempercepat serta menyampaikan agenda sifar bersih dan peralihan tenaga di rantau ini.

IGEM 2023, yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersama-sama dengan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) merupakan acara perdagangan utama Asia Tenggara bagi penyelesaian teknologi hijau dan eko.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sebagai acara perdagangan utama di Asia Tenggara bagi penyelesaian teknologi hijau dan eko, IGEM mempunyai rekod prestasi yang mengagumkan kerana setakat ini telah mencatatkan jualan perniagaan lebih RM30 bilion dan dikunjungi kira-kira 530,000 pelawat dari lebih 112 negara sejak 2010.

IGEM 2022 merekodkan jualan perniagaan bernilai kira-kira RM4.25 bilion dengan 33,000 pelawat dan 370 reruai pameran.

“Tahun ini, kita yakin kita boleh mengatasi pencapaian tahun lepas sebanyak RM4.25 bilion jualan perniagaan dan juga menjangkakan 40,000 pelawat dari 40 negara.

“Semalam, saya secara peribadi bertemu dengan beberapa perwakilan, melawat reruai pameran dan mengambil bahagian dalam beberapa sesi persidangan.

“Jelas kepada saya bahawa peranan IGEM sebagai salah satu acara perdagangan utama Asean bagi produk teknologi hijau dan eko kekal relevan hari ini seperti ketika kali pertama ia diadakan pada 2010,” katanya.

Nik Nazmi berkata, matlamat peralihan tenaga kerajaan di bawah NETR adalah sejajar dengan usaha kementeriannya untuk menyahkarbonkan sektor kuasa melalui penggunaan kapasiti TBB yang dipercepat dalam kapasiti kuasa daripada 25 peratus kepada 70 peratus menjelang 2050. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings