the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK: Suhaizan cadang tambah lokasi Jualan Rahmah di kawasan padat penduduk

JOHOR BAHRU: Penambahbaikan program Jualan Rahmah boleh dilaksanakan dengan menambah jumlah lokasi pelaksanaan program jualan itu terutama di kawasan berkepadatan penduduk.

Calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat berkata beliau akan mencadangkan perkara itu kepada Kerajaan Perpaduan sebagai usaha membantu rakyat yang berdepan dengan ketidaktentuan kos sara hidup.

Suhaizan yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata usaha itu antara visinya dalam meneruskan legasi Salahuddin apabila diberi mandat di kerusi parlimen itu.

“Kita lihat penambahbaikan yang boleh dibuat seperti menambah jumlah jenis produk di bawah Jualan Rahmah termasuk barangan lain selain keperluan asas.

“Inisiatif awal Jualan Rahmah diadakan di satu lokasi di setiap DUN (Dewan Undangan Negeri) seluruh negara, kita cadangkan untuk menambah lokasi di setiap DUN,” katanya ketika ditemui pada program tinjauan mesra di Jualan Rahmah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perling di sini hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dilaporkan akan melaksanakan program Jualan Rahmah dua kali sebulan di 640 kawasan DUN seluruh negara bermula Ogos dengan menyasarkan 6,400 lokasi penganjuran program 640 kawasan DUN.

Dalam pada itu, menyentuh soal kebajikan belia di Parlimen Pulai, Suhaizan berazam menyediakan lebih banyak kemudahan rekreasi dan sukan bagi menggalakkan aktiviti sihat dalam kalangan golongan itu.

“Misalnya di Kempas, isu yang dibangkitkan golongan belia termasuk memerlukan padang bola sepak dan gelanggang futsal.

“Selain itu, isu peluang pekerjaan juga banyak dibangkitkan dan ini isu-isu yang perlu diselesaikan demi masa depan belia yang lebih baik di Pulai ini,” katanya.

Pada PRK Parlimen Pulai, Sabtu ini, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HE Group clinches data centre contract worth approximately RM102m

Electrical engineering service provider HE Group Bhd, through its wholly-owned subsidiary, Hexatech Engineering Sdn Bhd, accepted a subcontractor contract amounting to approximately RM102 million for a data centre in Johor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings