the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPKT peruntuk RM3 juta untuk landskap hijau KLIA menjelang 2026

SEPANG: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) memperuntukkan RM3 juta bagi projek pembangunan landskap hijau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini dijangka siap pada Disember ini sebagai persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, inisiatif ini bertujuan meningkatkan pengalaman pelancong dan delegasi antarabangsa dengan menonjolkan keindahan visual serta identiti Malaysia.

“Projek ini bukan sekadar memperindah ruang awam, tetapi juga mencerminkan keunikan dan keharmonian negara melalui landskap yang lestari,“ katanya dalam sidang media di KLIA hari ini.

Lokasi projek meliputi Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA, termasuk ruang pelepasan, ketibaan, serta jalan utama keluar lapangan terbang. Reka bentuk landskap berteraskan konsep “Harmoni Dalam Kepelbagaian” akan menggabungkan elemen budaya seperti seni bina, bahasa, dan tradisi.

Kerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) turut melibatkan penanaman pelbagai spesies tumbuhan dan pemasangan ucapan selamat datang dalam pelbagai bahasa.

“Kami ingin pelancong merasai kepelbagaian Malaysia sebaik sahaja tiba di KLIA,“ tambah Nga.

Projek ini sejajar dengan usaha kerajaan memperkukuh imej KLIA sebagai pintu masuk utama yang mesra alam dan beridentiti nasional- BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings