the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terengganu sasar 300,000 pelancong bercuti di Tasik Kenyir tahun ini

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu yakin mampu mencapai sasaran kedatangan 300,000 pelancong ke Tasik Kenyir menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris berkata setakat Julai lalu, jumlah kedatangan pelancong ke tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu direkodkan adalah 141,487 orang.

“Walaupun musim tengkujuh hampir tiba, sasaran tersebut dapat dicapai memandangkan Tasik Kenyir masih menjadi tumpuan khususnya dalam kalangan pemancing,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Zawawi Ismail (PAS-Telemong) mengenai jumlah kehadiran pelancong ke Tasik Kenyir dan usaha kerajaan negeri bagi merancakkan sektor berkenaan.

Menurut Razali jumlah kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir mengalami penurunan drastik iaitu dari 607,398 pada 2019 kepada 208,097 pada 2020.

Bagaimanapun menurut Razali pada 2021 jumlah pelancong meningkat kepada 277,969 orang namun berkurangan kepada 246,896 pelawat pada 2022.

“Penurunan drastik disebabkan serangan Covid-19. Namun dengan penganjuran pelbagai acara di kawasan tersebut, kita yakin sektor pelancongan di Kenyir akan kembali rancak seperti sebelumnya,“ katanya.

Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas sidang DUN, Razali berkata kelebihan Tasik Kenyir adalah ia terkenal dengan jolokan ‘syurga kaki pancing’ dan setiap kali musim tengkujuh, ia menerima impak positif kerana peningkatan tempahan rumah bot.

“Walaupun banyak pengusaha rumah bot beroperasi di Tasik Kenyir, ia sebenarnya belum mampu menampung jumlah permintaan pelancong dari luar terutama pada hujung tahun,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings