the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPM lulus peruntukan RM50,000 untuk penyelenggaraan SJKC SBK

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan peruntukan penyelenggaraan masing-masing sebanyak RM50,000 kepada 74 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berstatus sekolah bantuan kerajaan (SBK) di Pulau Pinang bagi tahun ini.

Timbalan Menterinya Lim Hui Ying berkata dana itu akan disalurkan kepada setiap sekolah berkenaan yang memohon peruntukan penyelenggaraan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

“Dengan usaha dan kerjasama berterusan, kami percaya bahawa pendidikan akan mencapai tahap baharu dan mewujudkan persekitaran pembelajaran dan pertumbuhan yang lebih baik untuk setiap guru dan pelajar,“ katanya kepada pemberita selepas melawat SRJK (C) Chong Kuang, SJK (C) Kampung Jawi, SJK (T) Nibong Tebal dan SJK (C) Pai Teik di sini hari ini.

Dalam pada itu, Lim turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM670,000 untuk menaik taraf dan penyelenggaraan empat sekolah berkenaan iaitu RM150,000 untuk SRJK (C) Chong Kuang, RM200,000 (SJK(C) Kampung Jawi), RM170,000 (SJK (T) Nibong Tebal) dan RM150,000 untuk (SJK (C) Pai Teik).

Beliau turut berharap lebih banyak sekolah membuat Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) seperti yang dilaksanakan di SRJK (C) Chong Kuang di sini bagi memastikan tiada kanak-kanak kurang upaya tercicir daripada mendapat pendidikan yang sewajarnya.

“SRJK (C) Chong Kuang merupakan sekolah yang mempunyai tiga arus iaitu prasekolah, PPKI dan arus perdana. Terdapat 37 murid dalam PPKI sekolah berkenaan.

“Saya ingin menyeru sekolah-sekolah yang mempunyai hasrat untuk memulakan kelas PPKI agar membuat persiapan dan permohonan kepada KPM kerana memang terdapat keperluan untuk menambah program-program seperti ini,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings