the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM Terengganu tahan penjawat awam disyaki terima kenderaan sebagai rasuah

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang pembantu tadbir kanan, yang disyaki menerima sebuah kenderaan sebagai balasan bagi memastikan kerja pembekalan bernilai RM230,000 di agensinya, diperoleh sebuah syarikat sejak 2017.

Menurut sumber SPRM selain pembantu tadbir kanan di sebuah agensi Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu itu, seorang pemilik syarikat turut ditahan, bagi membantu siasatan kes suapan dalam bentuk pemberian kenderaan bernilai RM90,000 itu.

Sumber itu memaklumkan kedua-dua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu, ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman kira-kira 3 petang tadi.

“Suspek dikatakan telah lama menggunakan kenderaan terbabit sejak 2016.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman esok, bagi mendapatkan perintah permohonan reman,” kata sumber itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings