the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC rancang pelaksanaan NAS lebih menyeluruh hingga 2027

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melaksanakan Sistem Alamat Nasional (NAS) secara lebih menyeluruh dari tahun ini hingga 2027. Langkah ini diambil selepas fasa kajian selesai dilakukan, termasuk pembentukan pasukan petugas teknikal dan projek rintis.

Ketua Bahagian Inovasi Digital dan Geospatial MCMC, Ahmad Aswadi Yusof, berkata pembangunan sistem akan dilaksanakan secara agresif pada 2026. Ini termasuk pembentukan komuniti NAS dan pengesahan data daripada penyumbang utama.

“Pada 2027, fokus akan diberikan kepada penyusunan data dan penambahbaikan aplikasi,“ katanya semasa Persidangan Alamat Nasional 2025.

Menurut Ahmad Aswadi, Malaysia telah membelanjakan kira-kira RM700 juta untuk mendapatkan maklumat lokasi, yang kebanyakannya dibekalkan oleh syarikat teknologi luar. Beliau menegaskan bahawa sebelum ini tiada usaha untuk menyatukan maklumat tersebut dalam satu sistem, menyebabkan ketidaktepatan alamat.

“Contohnya, penghantaran barangan ke Taman Bahagia, Kuala Lumpur, mungkin tersilap dihantar ke Taman Bahagia, Sandakan, Sabah,“ katanya.

NAS akan menjadi sistem rujukan utama bagi lebih 11 juta alamat di Malaysia. Persidangan ini menampilkan 15 sesi pembentangan oleh penceramah tempatan dan antarabangsa, dengan perasmian oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil esok. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings