the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PH Pulau Pinang, Umno bincang pembahagian kerusi minggu depan

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dijangka mengadakan perbincangan dengan Umno negeri minggu depan berhubung pembahagian kerusi untuk pilihan raya negeri akan datang.

Pengerusi PH negeri Chow Kon Yeow berkata PH Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat dalaman terlebih dahulu sebelum berunding dengan Umno.

“Kami menerima permintaan daripada Umno Pulau Pinang supaya diadakan mesyuarat dan tarikh tentatif telah ditetapkan,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Untuk Program Digitech oleh Bentley Forward School hari ini.

Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu akan mengadakan pilihan raya negeri tahun ini.

Pada pilihan raya umum 2018, PH yang ketika itu termasuk Bersatu, memperoleh 37 daripada 40 kerusi di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Barisan Nasional memenangi dua kerusi manakala PAS memperoleh satu kerusi pada 2018.

PAS dan Bersatu telah bergabung di bawah Perikatan Nasional. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings