the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPKT akan kenakan penalti terhadap syarikat konsesi jika perkhidmatan pengurusan sisa pepejal tidak memuaskan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggesa semua pihak berkuasa tempatan (PBT) agar sentiasa memantau tahap kebersihan di kawasan masing-masing serta memastikan syarikat konsesi melaksanakan tanggungjawab mereka dalam memberikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal secara cekap dan berkesan.

Menterinya, YB Nga Kor Ming, berkata KPKT akan mengenakan penalti terhadap syarikat konsesi sekiranya mutu perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, khususnya kutipan sampah di kawasan tanggungjawab mereka, didapati tidak memuaskan.

“Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal amat penting, bukan sahaja di kawasan pelancongan tetapi juga di kawasan perumahan kerana ia melibatkan keselesaan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

“Bagi syarikat konsesi yang gagal mencapai mutu perkhidmatan yang memuaskan, seperti tidak menjalankan kutipan sampah mengikut jadual dan skop kerja yang ditetapkan, KPKT tidak akan teragak-agak untuk mengenakan penalti serta menamatkan perkhidmatan mereka,” tegas beliau.

Orang awam boleh mengemukakan aduan mengenai kutipan sampah, pembersihan jalan, longkang dan tempat awam, serta pemotongan rumput bagi tujuh buah negeri yang memakai Akta 672 kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melalui saluran WhatsApp di 0132107472.

Pada masa yang sama, Kor Ming menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung keadaan longkang yang tersumbat serta kewujudan sampah sarap di sekitar Jalan Gallagher, Kuala Lumpur pada hari Sabtu yang lalu.

“Saya telah mengarahkan SWCorp untuk mengambil tindakan segera bagi kerja-kerja pembersihan, termasuk di kawasan cerun bukit yang berada di luar skop jadual pembersihan secara tanggungjawab sosial korporat,” kata beliau.

Beliau turut mengadakan tinjauan mengejut ke kawasan tersebut pada hari Isnin untuk memastikan kerja-kerja pembersihan telah dilakukan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings