the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid sahkan Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

BENTONG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata Sulaiman telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu pada pertemuan di pejabatnya di Parlimen, semalam.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam untuk mempersembahkan nama calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Ketua Menteri yang baharu.

“Saya mengharapkan kebijaksanaan TYT (Tuan Yang Terutama) untuk menerima watikah yang akan saya kemukakan dan majlis angkat sumpah (Ketua Menteri baharu) akan mengikut kesesuaian tarikh TYT,“ katanya pada sidang media di Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al Falah, Kampung Lebu di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak memaklumkan bila beliau akan menghadap Mohd Ali mahupun jumlah nama individu yang akan dikemukakan dalam senarai berkenaan.

Ditanya jika nama Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof akan disenaraikan, Ahmad Zahid menjawab: “Saya tidak boleh mengesahkan atau menafikan. Kita tunggu pengumuman daripada Kerajaan Negeri Melaka.”

Berhubung soalan jika pertukaran Ketua Menteri itu adalah sebahagian daripada perancangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka seperti diumumkan beliau di negeri itu baru-baru ini, Ahmad Zahid berkata ada kemungkinan ia akan berlaku.

“Kita akan lihat perkembangan terbaharu apabila Ketua Menteri yang baharu ini mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN Melaka) selepas raya,“ katanya.

Spekulasi pertukaran Ketua Menteri Melaka mula dilaporkan media hari ini, susulan tular di aplikasi WhatsApp maklumat mengenai Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri yang baharu bakal berlangsung Jumaat ini.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan Bantuan Imarah Masjid daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kepada tiga masjid bernilai RM9,000 selain sumbangan kepada anak yatim dan saudara baharu Islam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

RZOLV Technologies Completes NRC IRAP-Supported R&D Project for Non-Cyanide Gold Extraction Technology

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 22, 2026 - RZOLV Technologies Inc. (TSXV: RZL) (OTCQB: RZOLF) (FSE: S711) ("RZOLV" or the "Company") is pleased to announce that its wholly owned operating subsidiary, Innovation Mining Inc. ("Innovation Mining"), has completed its first research and development project supported by the National Research Council of Canada Industrial Research Assistance Program ("NRC IRAP").

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings