the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

JOHOR BAHRU: Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Justeru, beliau berkata rakyat tidak perlu bimbang mengenai bekalan tersebut, memandangkan data menunjukkan bekalan mencukupi sehingga tempoh perayaan akan datang.

Beliau sekaligus membidas dakwaan segelintir peniaga, mengenai bekalan ayam tidak mencukupi sebagai sebab menaikkan harga, yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku.

“Saya telah mendapat maklumat terperinci pada hari ini daripada Jabatan Veterinar, setelah KPDN berkongsi maklumat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

“Secara rasminya data menunjukkan bekalan cukup sehingga hari raya ini,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan kurma pada pengunjung dan peniaga Bazar Ramadan Taman Perling, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pulai itu berkata setiap aduan dipandang serius KPDN, justeru sekiranya perkara tersebut berlaku, rakyat dan peniaga diminta melaporkan perkara itu kepada KPDN.

“Kerana kita bimbang (kalau ada) isu tempatan atau tempat-tempat tertentu, itu tidaklah menggambarkan tentang isu sebenarnya. Kadang-kadang, ada masalah di antara pembekal dengan peruncit, mungkin akibat daripada mereka lambat bayar ataupun bekalan tidak cukup, mungkin itu berlaku di tempat-tempat tertentu,” kata Salahuddin.

Beliau berkata pegawai penguatkuasa KPDN telahpun diarahkan mengetatkan pemantauan sepanjang bulan Ramadan sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri, demi kebajikan rakyat.

“Nasihat saya kepada peniaga-peniaga selagi kerajaan masih meletakkan harga kawalan atau harga siling bagi ayam iaitu RM9.40 (sekilogram), saya harap itu dipatuhi.

“Sekiranya mereka berhadapan dengan bekalan ataupun memerlukan bantuan daripada KPDN, kita sedia membantu,” katanya ketika menjawab dakwaan peniaga yang mengatakan harga naik kerana bekalan kurang di pasaran.

Media hari ini melaporkan terdapat kekurangan bekalan ayam segar hampir 30 peratus di pasaran, menyebabkan kenaikan harga ayam tidak dapat dielakkan, dengan harga ayam di peringkat runcit dilaporkan naik kepada RM11 sekilogram sejak awal Ramadan dan dijangkakan terus meningkat sehingga RM11.50 dalam tempoh terdekat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img