the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPWKM akan beri kaunseling kepada peserta program motivasi

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

TAIPING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberikan khidmat kaunseling kepada peserta yang terbabit dengan program motivasi rumah tangga yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata bagaimanapun pihaknya masih belum menerima laporan terperinci berhubung isu penganjuran program terbabit.

“Selalunya kalau ada kes-kes sebegini apabila ada laporan kepada kementerian, kita akan gerakkan kaunselor sama ada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), JPW (Jabatan Pembangunan Wanita) atau Yayasan Kebajikan Negara supaya berjumpa dengan mereka,“ katanya.

Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Taiping yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Taiping Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noraini turut menasihatkan golongan wanita supaya menyiasat terlebih dahulu sebelum menyertai sebarang program motivasi berkaitan wanita atau rumah tangga.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pendedahan seorang bekas peserta berhubung program berkenaan yang didakwa songsang apabila diselitkan de­ngan acara yang mencolok mata di sebuah pusat konvensyen di sini pada September tahun lepas.

Program itu diadakan secara tertutup hanya untuk peserta- BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img