the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPM: Perkukuh kedudukan fiskal antara tumpuan kerajaan pastikan ekonomi kekal mampan

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi tumpuan kepada tiga isu utama dalam memastikan ekonomi negara kekal mampan iaitu memperkukuh kedudukan fiskal, mereformasi struktur ekonomi dan meneliti pelaksanaan gaji progresif, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara pada Selasa, JPM berkata keutamaan akan diberikan untuk memperkukuh kedudukan fiskal melalui peningkatan hasil dan melonjakkan pertumbuhan sektor “pertumbuhan tinggi nilai tinggi” serta memastikan kelestarian alam sekitar.

“Penekanan akan diberi untuk mempercepat pertumbuhan dalam sektor strategik yang akan turut menjana pelaburan dalam industri elektrik dan elektronik, perkhidmatan global, aeroangkasa, industri kreatif, pelancongan, halal, biojisim, aktiviti pertanian pintar dan tenaga boleh baharu,“ katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew yang ingin tahu tiga masalah ekonomi paling serius yang Malaysia hadapi serta strategi serta merta, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang untuk mengatasinya.

Menurut JPM, kerajaan juga terus memberi tumpuan untuk memantapkan ekonomi domestik dengan sektor swasta terus dipacu sebagai rakan pembangunan dan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan pelaburan yang berkualiti dan berteknologi tinggi.

“Bagi menggalakkan pelaburan swasta, kerajaan sentiasa menawarkan insentif kepada pelabur berpotensi, termasuk menstruktur semula insentif pelaburan ke arah kadar cukai berperingkat berasaskan hasil.

“Pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan dipercepat melalui penerimagunaan teknologi dan pendigitalan. Tumpuan juga diberi untuk PMKS beralih daripada pasaran domestik kepada pasaran global dan memanfaatkan gerakan koperasi dalam pembangunan usahawan,“ kata JPM.

Dalam pada itu, JPM berkata kerajaan sedang merangka naratif ekonomi Madani bagi menjelaskan hala tuju dasar utama Kerajaan Perpaduan bagi mendepani cabaran global dan domestik.

Katanya naratif ekonomi Madani yang bakal dilancarkan pada Ogos akan diselaras dengan beberapa dasar jangka sederhana dan panjang, termasuk Pelan Perindustrian Negara, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.

“Di samping itu, tumpuan dasar jangka pendek juga akan diberi melalui Belanjawan MADANI kedua yang akan dibentangkan pada Oktober tahun ini,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings