the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dana RM1 juta perkukuh KLFA – Presiden

KUALA LUMPUR: Peruntukan RM1 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bakal dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkasakan persatuan itu.

Presidennya Syed Yazid Syed Omar berkata sebarang keputusan berkaitan penggunaan dana itu akan dibawa dan diputuskan dalam mesyuarat bersama barisan Exco persatuan.

“Ya, saya tak jangka atas sumbangan tadi. Tapi kita bersyukur, Alhamdulillah…macam saya cakap kali ni KLFA kita ada Exco…apa-apa pun akan dibawa ke dalam mesyuarat,” katanya sambil menambah pihaknya akan menjaga KLFA dengan lebih baik.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Jubli Emas 50 Tahun Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur di Bangsar South City di sini, malam ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada majlis itu mengumumkan peruntukan dana RM1 juta kepada KLFA.

Sementara itu, Penaung KLFA Datuk Fahmi Fadzil dalam ucapannya berkata bola sepak perlu menjadi medium perpaduan rakyat serta pemangkin kepada mobiliti sosial dalam kalangan belia kota.

Beliau berkata KLFA akan memberi tumpuan pada memperkukuh pembangunan akar umbi bola sepak khususnya membabitkan pemain bawah 12, 14 dan 16 tahun dengan pendekatan rentas kaum dan memberi keutamaan kepada anak-anak daripada keluarga B40.

“KLFA sedang mengukuhkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pendidikan dalam memperkasakan bola sepak peringkat sekolah, Kementerian Belia dan Sukan bagi pembangunan jurulatih serta program belia.

“…dan juga komuniti setempat agar padang dan kemudahan awam dapat dimanfaatkan menyeluruh,” katanya – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Shopee Turns 10: Celebrate 12.12 with Birthday Boxes, Daily Superstar Livestreams, Shopee Lagi Murah Deals, and Free Shipping

UALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 1 December 2025 - Shopee marks its 10th anniversary in Malaysia with its biggest 12.12 Birthday Sale yet, featuring Shopee Lagi Murahprice drops, Free Shipping with No Minimum Spend, limited-edition 12.12 Birthday Boxes,and Daily Superstar Livestreams.

From innovative therapies to real-world research: International experts gather in Boao Lecheng, China, to shape future of medicine

International experts convened in Boao Lecheng to explore breakthroughs in innovative therapies, medical devices, and real-world research, highlighting the zone’s growing role as a global hub for advanced healthcare.
spot_img

Popular Categories