the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KWSP, Pacific kerjasama dengan PBT, Bomba kenal pasti punca kebakaran bangunan lama KWSP

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersama Pacific Senior Living (Pacific) sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengenal pasti punca kebakaran dan menilai kerosakan bangunan lama KWSP di Petaling Jaya yang terbakar pagi tadi.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan berkata Pacific merupakan pihak pemaju yang sedang melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian semula bangunan tidak berpenghuni yang terletak di Jalan Gasing itu sebagai kemudahan kediaman warga emas selepas memeterai perjanjian pajakan selama 30 tahun dengan KWSP pada 6 April 2022.

Katanya Pasific telah memulakan kerja-kerja perobohan di bahagian dalam bangunan mengikut rancangan pengubahsuaiannya.

Dalam kejadian kebakaran pagi tadi, dilaporkan bangunan terbakar hanya melibatkan tingkat 4 dan tingkat 5 dengan insiden tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Ini merupakan kebakaran kali kedua bangunan tersebut selepas insiden sama pada 2018.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP turut merakamkan penghargaan kepada pihak bomba atas tindakan pantas dalam mengawal kebakaran tersebut. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings