the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC perkasa kerjasama dengan Meta, kekang aktiviti bercanggah undang-undang di Facebook

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkasa jalinan kerjasama dengan Meta Platforms Inc (Meta) dalam usaha mengekang aktiviti di laman Facebook yang bercanggah dengan undang-undang negara.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (gambar) berkata MCMC telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan Meta minggu lepas dan antara yang dibincangkan ialah kawalan terhadap laman Facebook yang terlibat dengan perjudian dalam talian selain iklan pelaburan tidak wujud atau scam.

“Saya harap kerjasama kita menerusi MCMC dengan Meta ini terus erat dalam usaha kita mengekang sebarang penyalahgunaan di platform berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Sambutan Ulang Tahun ke-56 Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin dan Pemangku Ketua Pengarang Bernama Jamaluddin Muhammad.

Fahmi berkata demikian ketika mengulas dakwaan pemilik akaun Telegram Edisi Siasat kononnya Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak mengambil sebarang tindakan terhadap semua aktiviti serta iklan perjudian di laman Facebook.

Mengulas lanjut, beliau berkata KKD menerusi MCMC juga sedang meneliti untuk mengenakan tindakan tegas terhadap pengguna aplikasi Telegram yang memuat naik kandungan pornografi dan menjual dadah selain ubat-ubatan yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan.

“Semua perkara ini amat merisaukan kerana melanggar undang-undang, dari awal pentadbiran (Kerajaan Perpaduan) saya dah arah panggil (pihak) Telegram (untuk cari penyelesaian) isu ini tapi sehingga kini, mereka enggan maka saya minta MCMC teliti tindakan tegas yang sepatutnya,” katanya.

Fahmi turut mengucapkan tahniah kepada Bernama atas sambutan ulang tahunnya yang ke-56 dan menyifatkan ia sebagai sebuah agensi berita yang mempunyai peranan penting dalam pelaporan berita serta peristiwa bersejarah negara.

“Tahniah Bernama… antara penggerak utama industri media di Malaysia, juga selaku penganjur sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

“Dalam pada itu, perubahan dalam industri media ini akibat perkembangan media sosial perlu diteliti bersama dan saya serta kementerian sedia membantu BERNAMA,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings