the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saksi dedah jaminan Guan Eng dalam kes tanah Lot 702

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng beri jaminan ahli perniagaan dapat tanah Lot 702, menurut keterangan saksi di mahkamah.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberikan jaminan kepada ahli perniagaan mendiang Datuk Ewe Swee Kheng bahawa syarikatnya akan mendapat tanah Lot 702 di Bandar Tanjung Pinang.

Penguasa Kanan SPRM Zulhilmi Ramli memberitahu mahkamah susulan jaminan tersebut, Ewe membiayai syarikat Consortium Zenith Bejing Urban Construction Group sejak 2013.

Tanah Lot 702 itu hanya dipindah milik kepada CZBUCG pada 2015.

“Berdasarkan perjanjian awal ditandatangani Kerajaan Negeri dan Pengerusi CZBUCG Datuk Zarul Ahmad pada 6 Okt 2013, CZBUCG telah mengadakan kerjasama dengan EZSB untuk membangunkan tanah tersebut,” katanya.

Zulhilmi berkata siasatan menunjukkan Ewe membiayai CZBUCG sejak 2013 sedangkan tanah hanya dipindah milik pada 2015.

“Urus niaga berkenaan jelas tidak masuk akal namun ia terjadi kerana Ewe telah diberikan jaminan oleh tertuduh,” katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes rasuah Lim.

Dalam rakaman percakapan pada 14 Ogos 2021, Ewe mendedahkan secara terperinci pertemuan awal dengan Lim serta pakatan yang dibuat.

“Saya dapati keterangan Ewe ini disokong oleh keterangan Zarul Ahmad berhubung wujudnya persetujuan bersama YB Lim,” katanya.

Berdasarkan perjanjian tambahan ditandatangani pada 27 Feb 2014, syarikat milik Ewe membuat pembayaran berjumlah RM26.6 juta kepada CZBUCG.

Baki pembayaran sebanyak RM53.2 juta dibuat menggunakan pinjaman dari sebuah bank.

“Bayaran ini dilihat suatu tindakan berani oleh Ewe memandangkan pada masa tersebut tanah Lot 702 belum lagi dipindah milik,” katanya.

“Ini jelas menunjukkan Ewe berani mengambil tindakan berkenaan kerana telah diberi jaminan oleh YB Lim.”

Ewe meninggal dunia pada Oktober 2021 selepas ditemukan di bahagian bawah sebuah kondominium di Pulau Pinang.

Lim didakwa menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima RM3.3 juta.

Beliau juga didakwa meminta suapan 10% daripada keuntungan akan diperoleh daripada Zarul Ahmad.

Lim turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan.

Perbicaraan kes di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings