the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input: Fadillah

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara mencadangkan supaya lebih banyak pihak dilibatkan dalam memberikan input berkaitan sekuriti makanan dalam negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar).

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini, beliau berkata ini termasuk kerjasama antara agensi kerajaan, ahli akademik, penyelidik dan pemain industri.

“Satu lagi fokus yang dipersetujui ialah soal makanan haiwan serta bijiran yang menjadi semakin payah serta mahal ekoran konflik Rusia-Ukraine dan untuk ditanam dalam negara, bagaimana ia dapat dilaksanakan.

“Contohnya dalam industri penanaman jagung, siapa boleh terlibat dalam menghasilkan bijirin itu,“ katanya sambil menambah hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

Kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang dikeluarkan susulan mesyuarat itu memaklumkan skop serta tugas utama jawatankuasa berkenaan adalah bagi mencadangkan hala tuju sekuriti makanan, mengemukakan cadangan, mengenal pasti isu dan cabaran dasar, strategi serta pelan tindakan kerajaan untuk menangani isu sekuriti makanan negara. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings