the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Akta baharu penyalahgunaan dadah bolehkan penagih selain dadah jalani rawatan di bawah AADK

KAJANG: Akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang yang bakal digubal, akan membolehkan penagih selain dadah menjalani rawatan dan pemulihan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), kata Ketua Pengarah AADK Sutekno Ahmad Belon.

Beliau berkata pada masa ini rawatan dan pemulihan penagih selain dadah seperti penagihan daun ketum bukan di bawah bidang kuasa AADK.

“Yang kita titik berat sekarang ini adalah untuk tambah baik akses kita dalam memulihkan penagih, contohnya untuk ketum, siapa yang menagih,” katanya katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya AADK di Ibu Pejabat AADK di sini, semalam.

Menurut Sutekno dengan adanya akta baharu itu kelak, penagih selain dadah seperti penagih ketum boleh disenaraikan di bawah AADK untuk dirawat di bawah agensi itu.

Isnin lepas, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan

Draf rang undang-undang bagi mewujudkan akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings