the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tragedi pesawat terhempas di Colombia: Empat kanak-kanak masih hidup selepas 17 hari

BANDARAYA MEXICO: Tiga kanak-kanak dan seorang bayi dipercayai masih hidup selepas 17 hari insiden pesawat yang mereka dinaiki terhempas di hutan di selatan Colombia, menurut Presiden Gustavo Petro pada Khamis.

“Empat kanak-kanak yang hilang masih hidup, selepas anggota tentera melakukan operasi mencari membabitkan nahas pesawat di Guaviare. Satu kegembiraan untuk negara.”

Angkatan bersenjata Colombia mengesahkan mereka berjaya mengesan empat kanak-kanak berumur 13, sembilan tahun, empat tahun dan 11 bulan.

Pada pagi Khamis, tentera menemui tempat perlindungan yang dibina menggunakan kayu dan dahan yang menjadi indikasi bahawa ada mangsa yang terselamat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kerajaan Colombia mengerahkan lebih 100 askar, anjing pengesan dan orang asli tempatan untuk mencari kanak-kanak berkenaan.

Semua kanak-kanak itu dilaporkan menaiki pesawat ringan Cessna C206 sebelum terhempas di Amazon di selatan Caqueta pada 1 Mei lalu.

Sementara itu, tiga penumpang dewasa yang lain maut dalam tragedi itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings