the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Enam direman berhubung penipuan deklarasi hasil jualan emas lombong di Tawau

TAWAU: Lima lelaki dan seorang wanita direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penipuan deklarasi penjualan hasil perlombongan emas membabitkan dua syarikat di sini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Leona Dominic Mojiliu selepas membenarkan permohonan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Asmawi Kulup Lam di Mahkamah Majistret Tawau.

Kesemua suspek termasuk seorang bergelar datuk berumur antara 42 dan 67 tahun itu, ditahan di Pejabat SPRM di sini tengah malam tadi, serta disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Difahamkan kesemua mereka termasuk ketua pegawai eksekutif dan pengarah syarikat dengan curangnya disyaki memperdaya kerajaan Sabah dengan mengemukakan penyata penjualan emas yang mempunyai butiran palsu.

Perbuatan itu bagi mengelak membayar royalti emas sebenar kepada kerajaan negeri terhadap hasil emas yang di lombong di Bukit Mantri di sini.

Turut difahamkan 100 kilogram emas membabitkan nilai RM25 juta tidak dilaporkan penghasilannya yang sepatutnya menyumbang pembayaran royalti RM1.25 juta kepada kerajaan Sabah bagi tempoh bermula 2020 hingga 2022.

Penipuan dibuat melalui pakatan dua syarikat yang kesemua suspek mempunyai kepentingan di dalamnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings