the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah tolak permohonan batal penukaran agama tiga anak: Ibu tunggal fail rayuan

KUALA LUMPUR: Ibu tunggal, Loh Siew Hong memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam secara unilateral tanpa persetujuannya oleh bekas suaminya.

Loh memfailkan notis rayuan itu hari ini, menerusi Tetuan Srimurugan & Co selepas tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada 11 Mei lepas.

Dalam penghakimannya, Wan Ahmad Farid berkata tiada bukti ketiga-tiga anak wanita itu berhenti menganut agama Islam apabila berada di bawah jagaan ibu mereka.

Wan Ahmad Farid berkata Loh tidak menafikan bahawa anak-anaknya terus mengamalkan ajaran Islam dengan menunaikan solat subuh setiap hari apabila mereka berada dalam jagaannya dan tiada bukti menunjukkan ketiga-tiga anak wanita itu telah kembali ke agama Hindu.

Hakim itu berkata sijil penukaran agama dikeluarkan terhadap kanak-kanak tersebut selepas responden pertama iaitu Pendaftar Mualaf Negeri Perlis berpuas hati bahawa keperluan undang-undang di bawah Seksyen 107(1) Enakmen Perlis 2006 dipatuhi apabila kanak-kanak itu telah mengisytiharkan syahadah dengan rela hati.

Loh, 36, memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 25 Mac tahun lepas dengan menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri Perlis sebagai responden pertama hingga keempat.

Ibu tunggal itu memohon pengisytiharan bahawa tiga anaknya beragama Hindu dan bekas suaminya, M. Nagahswaran, tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk membenarkan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa persetujuannya.

Wanita itu juga memohon pengisytiharan bahawa tiga anaknya itu, sebagai kanak-kanak, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memeluk agama Islam tanpa kebenarannya.

Beliau juga memohon perintah certiorari untuk membatalkan pengisytiharan pemelukan agama Islam, bertarikh 7 Julai 2020, yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf Perlis atas nama tiga anaknya, dan juga kad lain mengenai pemelukan agama Islam yang telah dikeluarkan oleh pihak lain, dan juga menghalang mana-mana pihak daripada mengeluarkan kad tersebut.

Tiga kanak-kanak itu, kembar perempuan berusia 15 tahun dan lelaki berusia 11 tahun yang diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kemudiannya diserahkan kepada Loh pada 21 Feb 2022 selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpusnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings