the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DUN Kedah lulus pindaan undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri berkaitan larangan lompat parti

ALOR STAR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini meluluskan pindaan undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah berkaitan melarang Ahli DUN (Adun) melompat parti.

Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (Pindaan) 2023 itu dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (gambar).

Setelah Speaker DUN Kedah Datuk Juhari Bulat membuka ruang untuk pindaan itu dibahaskan, lima ADUN mengambil bahagian yang terdiri daripada Datuk Zamri Yusuf (PH-Suka Menanti), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PEJUANG-Jitra), Mohd Azam Abd Samat (PAS-Sungai Limau), Datuk Norsabrina Mohd Noor (BN-Bandar Baharu) dan Datuk Amiruddin Hamzah (PEJUANG-Anak Bukit).

Dalam perbahasannya, Norsabrina berkata kesetiaan merupakan nilai yang tinggi dan penting untuk dipertahankan dalam usaha memastikan kestabilan negeri sekali gus enakmen antilompat parti itu amat diperlukan.

“Bila parti buat keputusan untuk beralih sokongan daripada segi gabungan, kami akur. Kita akan pastikan mandat rakyat tidak dicabuli demi kepentingan diri kita sendiri,“ katanya.

Sementara itu, Zamri yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah pula berkata enakmen antilompat parti itu nanti akan meyakinkan pengundi terhadap sistem politik negara.

“Pindaan ini mencipta sejarah dan secara langsungnya dapat menangani gejala rasuah yang menjadi punca kepada beberapa perkara berkaitan keyakinan pengundi,“ katanya.

Persidangan DUN Kedah kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings