the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
31.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MOT: Hala tuju pelbagai pengendali perkhidmatan rel akan ditetapkan selepas kajian

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menetapkan hala tuju berkenaan pelbagai pengendali perkhidmatan rel, tertakluk kepada hasil kajian kebolehlaksanaan yang sedang dilaksanakan untuk memperkasakan industri kereta api.

Kementerian Pengangkutan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini berkata kajian berkenaan menjurus kepada penambahbaikan tadbir urus dan kerangka model kereta api sedia ada termasuk dalam aspek kewangan, ekonomi, operasi, sosial, kawal selia dan perundangan.

Jawapan itu bagi menjawab pertanyaan lisan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang tidak dijawab di dalam Dewan Rakyat berhubung sama ada kerajaan akan mengizinkan lebih banyak syarikat bersaing dalam perkhidmatan penumpang rel supaya penumpang mempunyai lebih banyak pilihan.

Menurut kementerian, kajian tersebut turut merangkumi aspek pengukuhan pemain utama industri kereta api jajaran utama iaitu Keretapi Tanah Melayu Bhd dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) serta keperluan mewujudkan entiti baharu bagi menyokong keseluruhan ekosistem yang mampan dan kompetitif.

Kementerian berkata pihaknya melihat terdapat peluang untuk menambah baik ekosistem pengurusan kereta api bagi sektor jajaran utama yang kini dioperasikan oleh KTMB.

“Aspek kemampanan operasi dan penambahbaikan ekosistem dalam pengurusan kereta api sentiasa diteliti agar operator dapat terus berdaya saing untuk memberi perkhidmatan terbaik,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings