the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Djokovic padamkan impian Ruud untuk menang gelaran Grand Slam ke-23

PARIS: Novak Djokovic (gambar) memenangi gelaran perseorangan Grand Slam ke-23 peribadinya selepas menewaskan Casper Ruud dari Norway dengan kemenangan straight set dalam aksi final Terbuka Perancis pada Ahad.

Kemenangan Djokovic menyaksikan pemain Serbia berusia 36 tahun itu mengatasi rekod kejohanan terbanyak dimenangi pemain perseorangan lelaki yang selama ini dikongsi bersama seteru tradisinya, Rafael Nadal, lapor Xinhua.

Djokovic turut menjadi pemain lelaki pertama dalam sejarah tenis memenangi empat acara Grand Slam sekurang-kurangnya tiga kali.

Bintang tenis itu bangkit daripada rehat awal pada set pertama untuk mencatat kemenangan 7-6(1), 6-3, 7-5 dalam tempoh tiga jam dan 13 minit.

Pilihan keempat kejohanan, Ruud yang sedang memburu gelaran Grand Slam pertamanya, telah bermain tiga perlawanan akhir tetapi semuanya berakhir sebagai naib juara.

Pemain itu tewas kepada Nadal di gelanggang sama tahun lalu dan turut kecundang kepada seorang lagi pemain Sepanyol Carlos Alcaraz dalam Terbuka AS tahun lalu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings