the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jabatan Penjara buat penilaian sebelum benar banduan jalani pemulihan dalam komuniti

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara melakukan penilaian risiko terhadap seseorang banduan sebelum memberi peluang kepada mereka menjalani program pemulihan dalam komuniti.

Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata pihaknya akan memastikan banduan telah mencapai tahap tertentu ketika menjalani hukuman di dalam penjara serta dipastikan selamat untuk berada dalam komuniti sebelum dipilih menjalani program itu.

“Mereka sentiasa dalam pengawasan kami… bukan semua banduan akan dibawa keluar tapi ia berpandu kepada tahap pemulihan yang mereka telah capai.

“Kita akan buat keputusan, (jika) mereka selamat dalam masyarakat, maka akan dibawa keluar,“ katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjadi tetamu dalam rancangan Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV bertajuk Sambutan Hari Penjara ke-233, di sini hari ini.

Menurut Abdul Aziz sokongan rakyat penting untuk menjayakan pelaksanaan program dalam komuniti kerana tanpa penglibatan atau penerimaan masyarakat, usaha berkenaan tidak akan mencapai kejayaan.

“Jabatan Penjara sudah mainkan peranan dengan pelbagai syarikat untuk memastikan mereka (banduan) ini bekerja dan mereka akan dilindungi insurans, mendapat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan gaji mengikut gaji minimum yang dikuatkuasakan oleh kerajaan,“ katanya.

Sementara itu, beliau menjemput orang ramai untuk menyertai sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Malaysia di Kajang pada 21 Mac ini secara fizikal atau dalam talian. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings