the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Noraini Ahmad sahkan pertahan jawatan Ketua Wanita Umno

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini mengesahkan beliau mempertahan jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno.

Noraini menerusi hantaran Facebooknya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Wanita Umno seluruh negara yang menyokong beliau sebagai ketua sayap itu dalam pemilihan parti.

“Alhamdullillah. Segala puji hanya bagi Allah SWT. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Wanita Umno di seluruh negara serta sahabat #SusahSenangBersama di atas sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia.

“Ayuhlah, bersama kita meneruskan pemerkasaan Wanita untuk ke tahap lebih tinggi menjadi realiti!” katanya.

Noraini menewaskan pencabar Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, yang membuat kemunculan semula setelah melepaskan jawatan itu pada 2018.

Keputusan rasmi pemilihan itu dijangka akan diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU), Tan Sri Shahrir Samad setelah selesai proses perkiraan undi dan penelitian dijalankan, hari ini.

pemilihan Umno akan berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Umno Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings