the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wan Ahmad Fayhsal tidak pertahan jawatan ketua Armada, intai antara jawatan tertinggi Bersatu

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Bersatu yang akan datang, sebaliknya bakal merebut jawatan di peringkat tertinggi Bersatu.

Ahli Parlimen Machang itu berkata keputusan berkenaan dibuat setelah mengambil kira usianya yang kini telah melepasi had usia untuk keahlian sayap belia Bersatu itu, seperti tertakluk dalam peraturan Armada.

“Sebagai seorang yang berumur 36 tahun, saya sudah pun melebihi had umur yang sah sebagai ahli Armada.

“Saya akan beralih ke jawatan lebih tinggi, apa jawatannya tidak akan saya umumkan hari ini, tapi yang pasti saya akan bertanding ke jawatan lebih tinggi,“ katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2022, di sini hari ini.

Difahamkan pemilihan peringkat pusat Bersatu akan berlangsung pada November tahun ini manakala peringkat bahagian pula pada bulan Oktober 2023 dan cawangan pada Julai 2023.

Mengulas mengenai penglibatan Armada pada Pilihan Raya Negeri nanti, Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau telah pun mencadangkan beberapa calon daripada Armada untuk dipertimbangkan oleh kepimpinan tertinggi Bersatu.

“Buat masa sekarang kita sudah ada (nama calon) tapi itu hanya cadangan, kerusi kita belum tahu lagi berapa yang dipersetujui di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan masih dalam peringkat rundingan lagi.

“Saya boleh cakap memang akan ada calon sekurang-kurangnya satu calon Armada di setiap negeri kerana itu adalah tradisi,“ katanya.

Sementara itu, dalam ucapan dasarnya Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau berpuas hati dengan peningkatan penyertaan ahli Armada pada tahun 2022 iaitu seramai 11,637 keahlian baharu atau peningkatan sebanyak 9.6 peratus berbanding tahun 2021.

“Prestasi ini perlu konsisten kerana melalui penambahan ahli-ahli, lebih banyak bakat baharu dapat menyumbang dalam memastikan parti ini kekal relevan,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Recognition by Anwar enhances fairer revenue return claims for Penang

Chief Minister Chow Kon Yeow said the Prime Minister's recognition confirmed that Penang plays a very important role as one of the main drivers of the country's economic growth and a net contributor to the federal revenue as a whole.

Samsung brings back solve for tomorrow 2026 to spark youth-led innovation and drive social...

Samsung Solve for Tomorrow 2026, the highly-anticipated youth innovation competition, is back for its 10th edition in Singapore! As the world looks to navigate the uncertainties ahead, Solve for Tomorrow provides a platform for young changemakers to be equipped with the knowledge and skills to shape a better tomorrow for all.

Maritimo Appoints KJM Marine as Middle East and Indian Ocean Dealer

Maritimo has appointed KJM Marine as its exclusive dealer across the GCC and selected Middle East and Indian Ocean markets, expanding regional access to its Australian-built luxury motor yachts with dedicated sales, technical expertise and comprehensive after-sales support.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings