the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu doktor kontrak: K’jaan pastikan penyelesaian menang-menang – Zahid

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan situasi menang-menang dicapai supaya tiada pihak yang berasa rugi atau tersingkir dalam penyelesaian isu perjawatan doktor kontrak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menyelesaikan isu itu berkata pihaknya akan membentangkannya perincian mengenai perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

“Bagi kita, menyantuni doktor kontrak yang pada hemat saya harus dibela harus mengikut tatacara dan skim perkhidmatan kerajaan.

“Tidak ada masalah yang kita tidak boleh bincang dan selesaikan. Saya tahu masalah ini masalah lama tetapi saya yakin ianya boleh diselesaikan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Santunan Kasih Ramadan 2023 di Projek Perumahan Rakyat Seri Semarak, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata jawatankuasa khas itu yang melibatkan Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam membincangkan beberapa cadangan termasuk pemberian perjawatan tetap kepada doktor kontrak.

“Beberapa syarat skim baharu akan dibincangkan, jadi saya harap mereka (doktor kontrak) memberi peluang kepada saya yang diberi kepercayaan sebagai pengerusi jawatankuasa untuk menyelesaikannya,” katanya.

Sebelum ini, sekumpulan doktor kontrak dilaporkan akan melancarkan mogok di seluruh negara mulai esok sehingga Rabu ini sebagai memprotes isu perjawatan mereka yang masih tergantung. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Riau Complex sets a new standard for employee living, supporting Asia Pacific Rayon’s workforce...

Asia Pacific Rayon highlights the Riau Complex as a model employee township, combining housing, education, healthcare and recreation within a self-sustaining community. The integrated development supports workforce wellbeing, talent retention and long-term industrial growth while fostering a strong multicultural environment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings