the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
20.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

LHDN: Kutipan cukai tunjuk trend positif, yakin sasaran RM176b dapat dicapai

CYBERJAYA: Kutipan cukai tahun ini menunjukkan trend positif dengan kutipan harian mencatatkan 20 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Mohd Nizom Sairi.

Beliau berkata sekiranya trend positif ini kekal LHDN mampu mencapai sasaran kutipan hasil berjumlah RM176.1 bilion tahun ini atau melepasi sasaran tersebut.

“Kita berada pada tahap yang sangat memberangsangkan. Terima kasih kepada pembayar cukai yang terus mengekalkan tahap pematuhan yang baik,“ katanya kepada media pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong, di sini, hari ini.

Mengenai sama ada kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus akan menjejaskan kutipan cukai, Mohd Nizom berkata ia kemungkinan akan memberi kesan secara tidak langsung namun tidak serta-merta.

“Mungkin (ada kesan) secara tidak langsung tetapi tidak secara immediate (serta-merta),“ katanya.

Pada 3 Mei lepas, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus.

Tahun lepas, LHDN mencipta sejarah meraih kutipan cukai langsung tertinggi negara sebanyak RM175.4 bilion atau peningkatan 21.75 peratus berbanding 2021.

Mohd Nizom berkata pendekatan A.E.S (awareness-kesedaran, education-pendidikan dan services-perkhidmatan) yang diperkenalkan LHDN akan diperkemaskan bagi memartabatkan cukai sebagai aset negara secara berterusan demi mempertingkatkan kepercayaan rakyat.

Beliau berkata antara hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan adalah sekiranya pendapatan negara daripada sumber cukai langsung terus meningkat, kerajaan mampu memulangkan manfaatnya kepada rakyat.

“Sudah pasti pelbagai agenda bermanfaat untuk rakyat akan dapat direalisasikan. Taraf kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat akan dapat turut diperhebat melalui pelbagai projek pembangunan hasil daripada sumber pendapatan negara yang mencukupi,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings