the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kementerian bincang dengan PBT bagi percepat pelaksanaan IPR di seluruh negara: Rafizi

KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mempercepatkan pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di seluruh negara.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (gambar) berkata kerajaan akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dan PBT untuk mengenal pasti dan mencalonkan golongan sasar yang layak dan menepati kriteria ditetapkan untuk penyertaan IPR.

“Bagi memastikan peserta yang memohon adalah layak, semakan silang akan dibuat dengan sistem data eKasih iaitu senarai penerima miskin tegar sedia ada dan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Selepas ini, saya ada perjumpaan dengan semua pimpinan PBT dari seluruh negara supaya kita dapat mempercepatkan perkara ini (pelaksanaan IPR) untuk turun ke peringkat bawah,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan R. Yuneswaran (PH-Segamat) yang ingin tahu bagaimana IPR dapat membantu isi rumah B40 dan miskin tegar menjana pendapatan tetap dan usaha kementerian memastikan 100,000 golongan sasaran terlibat.

Menurut Rafizi, permohonan menyertai IPR yang diterima kementerian sehingga hari ini mencecah kira-kira 24,000 permohonan, selepas lebih seminggu ia dilancarkan.

“Jumlah itu bertambah dari sehari ke sehari manakala dari segi sasaran mengikut perangkaan rasmi kerajaan ialah 130,000 orang keluarga miskin tegar.

“Kita juga akan memperluas tawaran IPR kepada kumpulan B40 yang kita harap dapat meluaskan ekosistem itu, bukan diserahkan kepada golongan miskin tegar semata-mata, tetapi turut membantu peserta kumpulan B40,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings